Salam pd pembaca semua (ada pembaca ke)
Tertubuhnya blog ni pd mulanya tidak dirancang...bile tgk org lain ada blog peribadi rasanya kite nak ada jg...tp fikir adeke masa nak menaip panjang2 mcm org lain...blog2 sy yg lain pun semua menjurus pd bisnes...tp bile difikir2 ada masa otak xbole nak bekerja pd setiap masa...dan sy teringin ada something value yg boleh dikenang...
Hadoiii...kekok rasa nak menulis ni...sbnrnya apa nak tulis ni....kehidupan sy bukan menarik pun sbb sy suka duduk kt rumah je pun...masa sy menulis ni sy sbnrnya xsihat mkn 3 ari jg...so dlm waktu xsihat tu rasa xbole nak on bisnes...nengok wall fb pun dh rasa serabut...so sy byk menghabiskan masa dengan membaca blog2 dgn menaip keyword di google...
Sejak berumur 30an ni sy lebih tertarik pada blog berunsur Islam...maybe anjakan umur semakin matang la kot (kononnya...chewah)...sy tertarik dgn kupasan serta idea2 bernas kupasan blogger yang biasanya kita tak pernah terfikir sbb ustaz pn xpenah cerita...tp kena hati2 jg...ada jg yg menyesatkan...salah tafsiran maka salah track la kite....
Blog yang terbaru yg menarik minat sy adalah blog ini link
So sy copy paste sj dr blog tersebut (minta dihalalkan)
Multiverse dan Luh Mahfuz
Post ni sebahagian dari satu cerita yang cukup panjang yang aku nak buat
pasal multiverse. Hari aku cuma cerita kaitan dia dengan Luh Mahfuz.
Sebelum tu sikit warning: kalau rasa dah nampak macam tak betul korang
berhenti baca je la. Aku tak nak jadi sumber kesesatan orang yang tak
boleh nak faham apa yang aku tulis.
Mula-mula meh aku cerita pasal multiverse. Serius pening gila. Aku pun
tak tau macam mana nak tulis. Tapi untuk kali ni aku terang sikit je
dulu yang kaitan dengan Luh Mahfuz. Siapa tengok cerita Fringe? Ataupun
lagi senang cerita Alice in Wonderland. Dua-dua ada cerita pasal dunia
yang lain dari dunia kita tapi wujud selari dengan dunia kita. Ini
dipanggil parallel universe. Tapi aku lebih pegang konsep multiverse
yang mana sama jugak dengan parallel universe cuma universe dia lagi
banyak, bahkan tak terkira.
Aku bagi contoh, aku pegang pensel. Apa yang bakal aku buat dengan
pensel tu? Tulis? Baling? Patahkan? Ok, andaikan aku tulis. Apa jadi
dengan baling dengan patahkan? Mengikut teori multiverse, semua tadi
berlaku, cuma pada universe yang lain. Maknanya dari point aku pegang
pensel tadi dah ada 3 cabang universe yang berbeza, first aku tulis,
lagi satu aku baling, satu lagi aku patahkan. Dan semua
kemungkinan-kemungkinan ni akan hasilkan kemungkinan yang lain. Bagi
setiap kemungkinan akan terhasil lagi satu cabang.
Itu cara mudah nak bagi faham. Kalau ikut teori tu, kemungkinan dikira
sampai tahap laluan yang elektron lalu keliling proton pun diambil kira.
Senang cerita setiap saat berbillion entah bertrillion entah
berinfiniti cabang yang terhasil. Jadi tak kisah apa yang kita buat
kemungkinan lain tetap akan berlaku. Setiap hasil keputusan ni akan
hasilkan parallel universe yang selari dengan universe yang kita alami
sekarang ni. Gabungan semua universe ni la yang dipanggil multiverse.
Antara saintis yang awal bagi hujah kukuh terhadap teori ini adalah
Erwin Schrödinger, Max Born, Niels Bohr dan Werner Heisenberg. Tak perlu
la aku rasa nak cerita macam mana diorang buat, nanti melampau-lampau
panjang pulak post ni.
Faham? Kita terus dengan Luh Mahfuz;
Diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma : “Sesungguhnya Allah
telah menciptakan Luh Mahfuz daripada mutiara yang putih, helaiannya
daripada delima yang merah, penanya dari cahaya, kitabnya dari cahaya,
bagi Allah 360 detik padanya, lebarnya adalah di antara langit dan bumi,
Allah melihatnya sebanyak 360 pandangan setiap hari, Dia menciptakan,
memberi rezeki, mematikan, menghidupkan, memuliakan, menghinakan dan Dia
perbuat apa yang Dia kehendaki.” [Diriwayatkan oleh al-Tabarani,
al-Hakim dan ad-Dhiya’ al-Maqdisi. Al-Hakim berkata : Isnadnya sahih
tetapi al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya. Al-Zahabi berkata
dalam al-Talkhis : Nama Abu Hamzah itu thabit tetapi dia waahin(cinta
akan dunia)].
Para sahabat, tabi’in dan semua Ahlis-Sunnah dan hadis telah bersepakat
bahawa setiap perkara yang berlaku sehingga ke hari kiamat telah
tertulis di Luh Mahfuz, dan ayat-ayat al-Quran telah membuktikan bahawa
Allah telah mencatatkan apa yang Dia lakukan dan katakan di Luh Mahfuz.
Dia telah menulis di Luh setiap perbuatanNya dan kalamNya, sesungguhnya
ayat ‘Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!’
telah berada di Luh sebelum wujudnya Abu Lahab.’ [Lihat : Bada’i
at-Tafsir, Ibn al-Qayyim, 4/131]
Ok..ni aku copy paste je tapi main point yang boleh kita derive dari
hadis ni dan ijma' sahabat tabi'in dan Ahlis-Sunnah untuk topik aku kali
ni yang Luh Mahfuz tercatat segala takdir yang dah, sedang dan bakal
berlaku.
Jadi sebelum aku cerita kaitan dia, pernah tak korang terfikir atau ada
orang tanya pasal takdir yang lebih kurang bunyi dia macam ni:
"Kalau orang yang buat jahat tu takdir Allah. Maknanya tak ada free will. Allah dah tentukan orang tu masuk neraka."
Aduh cik adik, tu pesimis namanya. Tapi tak apa, Insya-Allah aku boleh jelaskan.
Aku bagi ayat Quran jap
وَلَوۡ أَنَّمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ مِن شَجَرَةٍ أَقۡلَـٰمٌ۬ وَٱلۡبَحۡرُ
يَمُدُّهُ ۥ مِنۢ بَعۡدِهِۦ سَبۡعَةُ أَبۡحُرٍ۬ مَّا نَفِدَتۡ كَلِمَـٰتُ
ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬
Maksudnya:Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan
segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan
lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu
ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Luqman:27
Antara makna istilah 'kalimah Allah' dalam ni termasuk jugak Luh Mahfuz.
Maknanya banyak sangat takdir yang ditulis sampai tak boleh nak habis
dengan segala lautan dan bantuannnya. Dan banyak sangat cabang-cabang
yang terhasil akibat segala kemungkinan yang berlaku sehingga
menyebabkan jumlah universe mencapai infinite.
Apa yang aku maksudkan kat sini, semua takdir dah ditulis dalam Luh
Mahfuz. Setiap kemungkinan. Memanglah orang tu jahat. Dalam Luh Mahfuz
ada tulis dia jadi jahat. Tapi ada jugak dalam Kitab tu yang tulis dia
jadi baik. Siapa suruh dia buat keputusan jadi jahat. Setiap apa yang
mungkin berlaku tertulis dalam Luh Mahfuz. Semua cabang multiverse
tertulis dalam tu. Comprendé?
Dah tu je kot untuk episod ni. Banyak lagi cerita multiverse ni. Tapi lain kali la.
- Tamat ayat copay paste-
Kupasan yang menarik bg sy....sbb dr kecil mmg pernah terfikir kan hal luh mahfuz ni....sbb apa yg kita tau....apa yang kita lakukan dunia sbnrnya sejal azali telah tercatat di luh mahfuz...so apa logiknya kita nak melawan takdir....pd hakikatnya ia terletak pd pilihan kita semua... keputusan kita yang buat sama ada kita nak jadi baik @ jahat...baik implikasinya begini buruk implikasinya begini....so klau kita pilih pilihan itu maka seterusnya beginilah perjalanan hidup kita....jika pilih pilihan yg satu lg maka seterusnya begitulah perjalanan hidup kita...pilihan kita jg akan menentukan pengakhiran hidup kita nanti....misteri bukan tp interesting utk difahami....
Sebab itu kita perlu banyak meneroka bidang ilmu Allah ini luas...nak berjaya dlm hidup pun perlu ada ilmu...nak berjaya di akhirat pun perlu ada ilmu....HIDUP INI ADALAH KISAH SEBUAH PERJALANAN....misterinya hidup adalah kerana ia semua dari pencipta yg Maha Agung Allah SWT
No comments:
Post a Comment